Pendidikan dan kerjaya Keith Chong Kah Hwee

Keith melanjutkan pelajaran dalam bidang reka bentuk grafik di Kolej Multimedia InHouse di Kuala Lumpur. Selesai tamat pengajian, beliau bekerja untuk seketika namun menyedari komik ialah pilihannya bukan grafik. Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang animasi di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing selama dua tahun dalam bidang animasi 2D dan kemudian ke Kolej Sheridan, Kanada, dalam jurusan animasi 3D.[1]

Beliau menyertai syarikat Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) pada 2003 dan membawa kedudukannya sebaris dengan artis komik terbaik Asia Tenggara lain. Lawak Kampus adalah karya yang paling berjaya dengan meraih kira-kira 150,000 pembaca bagi setiap edisi[2] di samping komik hiburan seperti Lawak Seleb, Wasabi, Playground dan lain-lain[1].